Hai Korang :D Dah Masuk Belog Aya kan? So LIKE lah dulu FANPAGE ni :]

Home Tutorial About me Tempahan Resepi Link Girls Tuto

Sunday, 11 November 2012

Petua Menghapuskan Jerawat


Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

                                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

.selepas ngitai belog kite.
.sila tinggalkan mesej (komen) anda.
.di sini.

Hah ! Kan dah sampai dekat sini ! So, Korang Wajib LIKE fanpage ni :3 kalau tak berdosa katenye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...